suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 07, 2016

Sampai bila mahu tipu daaa..?!

Sejak beberapa hari lalu, watak-watak dalam UMNO sudah mula ‘bertelagah’ sesama sendiri (kerana tidak disediakan skrip) dalam menjawab isu “Siapa ‘Malaysian Official 1’ ?” dan hal-hal yang berkaitan dengannya. (maklumlah yang dok ada semua jenis 'mangkuk-hayun')
Di Indonesia, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam temubual bersama media televisyen tempatan di sana dengan tegas (telah buat lawak) mempertahankan bahawa “dirinya, Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)” tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.(Kah..Kah..Kah..memang lawak habis!)
Sementara di tanah air, ironinya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan lantang pula mengatakan bahawa hasil siasatan hampir setahun pihak DOJ melalui FBI untuk menyita aset yang dipercayai ‘dicuri’ melalui 1MDB seolah-olah mengatakan bahawa Putrajaya sememangnya telah didapati bersalah.
Semalam, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Majlis Tertinggi UMNO berkata hanya orang bodoh sahaja (ahli-ahli umno lah tuu..) yang tidak tahu bahawa ‘MO1’ itu merujuk kepada perdana menteri, tetapi sedikit cerdik apabila kata Najib tak terlibat dalam saman sivil berkenaan.
Namun, kenyataan yang paling boleh mengundang ketawa kita semua (ketawa sampai terkentut-kentut) adalah datangnya dari tidak lain dan tidak bukan dari Datuk Bung Mokhtar sendiri, apabila beliau berkata tiada siapa pun tahu siapa ‘MO1’, ia boleh jadi sesiapa sahaja, boleh jadi saya, kita semua.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam dokumen saman setebal 136 muka surat tersebut dinyatakan ciri-ciri ‘MO1’, antaranya mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Riza Aziz dan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara dan 1MDB.
Tidak mungkin rakyat marhaen seperti kita mampu dilabel sebagai ‘MO1’ yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman berkenaan.
Saman sivil DOJ itu bukan sahaja bertujuan untuk merampas aset-aset curi Riza Aziz dan Jho Low, tapi membawa bersama pelbagai pertuduhan penglibatan ‘MO1’ dalam usaha terancang individu-individu tersebut menjarah berbilion dolar AS wang rakyat Malaysia.
Ekoran daripada pendedahan-pendedahan tersebut negara dapat malu di mata dunia, sehingga digelar sebagai antara negara terasuah di dunia!
Itu sebabnya, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ada berpesan supaya pentadbiran Najib mengeluarkan Kertas Putih dan kenyataan rasmi kerajaan bagi menafikan tuduhan DOJ terbabit.
Kerana beliau sedar bahawa ketiadaan tindakan konkrit dari pihak kerajaan Malaysia terhadap saman sivil itu tidak boleh lagi dipertahankan lagi. Malah digesanya supaya agensi-agensi kerajaan melakukan siasatan semula untuk menjernihkan kembali reputasi negara di persada antarabangsa.
Sampai bila agaknya pihak UMNO mahu rakyat ketawakan mereka?

3 comments:

  1. dah memang pemimpin umno bangang ....memperbodohkan orang melayu

    ReplyDelete
  2. Sah bukan Najib sbb yg berkuasa mutlak malahan jadi balaci kepada ROSMAH MANSOR.

    ReplyDelete
  3. ISU IMDB DOJ MO1 DLLNYA KITA MELAYU TIDAK CUKUP
    KEMAMPUAN BAGI MENGATASINYA.KECUALI MELAYU NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG ITU PUN TIDAK HUNDRED PERSEN...UBN KELANTAN MENAMPAKKAN PEMIMPINNYA MASIH ADA KUKUNYA...SETELAH PERGINYA ALMARHUM TGNA. YANG ADA KINI.....

    ReplyDelete