suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, July 10, 2016

Setrategi 'kafir-harbi' yang tak menjadi

Usahlah takut dengan Lim Guan Eng dan tidak ada apa yang nak ditakutkan pun, begitu juga dengan lain-lain pemimpin-pemimpin bukan Islam yang lain-lain kerana mereka tidak melakukan apa apa jenayah pun, mereka tidak rasuah dan mereka tidak rembat atau tidak curi duit rakyat pun.
Mereka (pemimpin-pemimpin cina dan india dalam pakatan harapan)  juga tiada bezanya dari segi fizikal dengan pemimpin bukan Islam lain yang berada dalam Barisan Nasional yang baru baru ini mengugut meletak jawatan kerana tidak mahu sokong RUU yang dibawa olih (penasihat umno/BN) Haji.Hadi.
Lim Guan Eng tak ada tanduk di kepala (macam setan) dan juga tak ada ekor di belakangnya (di pungkok), begitu juga pemimpin bukan Islam dalam Barisan Lim Tiong Lai juga tak ada tanduk di kepala dan tak  ada ekor di belakang (di pungkok).
Jika kita cuba melabel Lim Guan Eng sebagai Kafir Harbi jadi apa istimewanya Lim Tiong Lai untuk tidak turut dilabel sebagai Kafir Harbi?
Justru hentikan saja taktik label melabel kerana rakyat tahu siapa berada di pihak yang benar, cakaplah apa sahaja tapi rakyat bukan bodoh.
dollah yankee - 'Kafir-Harbi' ada lah setrategi umno/BN yang telah makan tuan...

1 comment:

  1. ..hang ni Yankee sungguh! bila masa kafir-kafir harbi ni ada tanduk kat kepala diaorang!

    ReplyDelete