suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, June 30, 2016

Solidariti untuk Guan Eng

Image result for guan eng ditangkap

Bila Nik Aziz meninggal dunia, parti PAS juga mati bersama-sama dengan Nik Aziz. Umno/BN bergembira. Bila Anwar Ibrahim disumbat ke penjara dan PKR kucar kacir, umno/BN sangat senang hati. Maka tinggal lah Guan Eng yang masih menjadi duri dalam daging bagi umno/BN.

Gurkah-gurkah politik di'port' merasakan yang ini ada lah setrategi politik olih 'master-mind' umno/BN untuk melumpuhkan semua parti-parti pembangkang yang berada dalam gabungan parti harapan rakyat yang telah mendapat tempat dihati setiap rakyat marhain dalam negara.

Gurkah-gurkah politik di'port' tetap menganggap yang penangkapan dan tuduhan ke atas Guan Eng ada lah tidak berasas dan bermotifkan politik untuk membunuh Guan Eng dan DAP.

Dan pada hari ini Guan Eng yang merupakan antara orang yang mengutuk keras berhubung skandal kewangan 2.6 beliyun yang melibatkan Najib Razak telah didakwa di mahkamah dan Guan Eng tidak mengaku salah dan menunggu hari perbicaraan.

dollah yankee -
Apa kah dengan cita-cita mahu memusnahkan Guan Eng akan mengalihkan perhatian skandal 2.6 beliyun? Tepuk dada tanya selera!!!






1 comment: