suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, March 24, 2016

Anwar, 410 hari ...

Di tengah sepi malam
Penjara Sungai Buloh itu seperti tertegun
Seolah-olah bertanya
Apa sebenarnya yang telah berlaku
Tembok batu dan besi itu tidak mengerti apa-apa
Bahawa di dalamnya ada Anwaar Ibrahim.
Kini genap 410 hari, 409 malam
Anwar Ibrahim mendekam
Dalam penjara Sungai Buloh
Maka penjara itu menjadi masyhur
Kerana Anwar di dalamnya
Demikian hebatnya.
.
Di sinilah aku teringat kata-kata Mahatma Ghandi
“You can arrest me, you can jail me
But you cannot defeat me.”
Demikianlah Anwar boleh dipenjarakan
Tetapi tidak mungkin dapat dikalahkan
Sebab perjuangan itu sendiri adalah kemenangan.
Di luar penjara itu bersama angin malam
Ribuan berikrar meneruskan perjuangannya
Dan Anwar tidak keseorangan
Pejuang besar ini simbol sebuah ketabahan
Yang tidak akan terpadamkan
Bahawa perjuangan itu tidak pernah sia-sia.
Wahai Anwar ...
Mungkin kamu satu dalam sejuta
Kerana telah membayar dengan mahal
Harga perjuangan itu.
Ketabahanmu ...
Sangat luar biasa, tiada tandingan
Bagai gunung yang demikian teguh
Kerana engkau telah membina kekuatan ini
Sejak lama dulu
Menyebabkan tidak akan terkalahkan.
Kini ketika negara dalam kemelut tiada hujungnya
Ketika yang benar dikatakan salah
Yang salah dikatakan benar
Rakyat seperti terdengar kembali bisikanmu, Anwar
Bahawa kezaliman itu akan berakhir juga
Tunggulah saatnya.
dollah yankee - Abdul Shukur Harun,Subang Jaya

No comments:

Post a Comment