suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, February 13, 2016

Lindungi 'penyamun' pun akan ada akta ...

Pada 6 Feb, laporan temubual eksklusif sebuah akhbar berbahasa Cina memetik Mohamed Apandi sebagai berkata Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan OSA dan mempertimbang meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan dan negara, termasuk penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang melaporkan berita tentang rahsia berkenaan.

Peguam Negara itu berkata hukuman yang sedang dipertimbangkan adalah penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah sementara pengamal media yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh boleh dikenakan hukuman itu.


Makcik,Pakcik kat hujung-hujung kampung dalam penempatan-penempatan felda pun boleh rasa yang cadangan untuk meminda akta itu lebih menjurus kepada usaha untuk melindungi pesalah laku dan penyeleweng-penyeleweng yang merembat harta-harta negara dan harta kita semua.

Apakah jika maklumat tentang salah laku dan penyeleweng dalam perkara tender-tender besar, rasuah, penipuan, perniagaan yang tidak ikut peraturan dan sebagainya yang berkaitan itu didedahkan ianya boleh menyebabkan keselamatan negara terjejas?!... (apa punya kartun !!!)

Tidak tahu kah AG bahawa jika rakyat-rakyat dibawah tidak puas hati dengan akta yang nak dipinda ini, rakyat boleh bangun dan bangkit memberontak sebab ianya lebih kepada mahu melindungi peyamun dan penyangak?

Gurkah-gurkah politik di'port' berani bertaruh potong tangan yang rakyat bawahan pasti akan bangun dan bangkit untuk memberontak jika akta ini dipinda dan diluluskan sebab mereka semua tidak akan puas hati dan dipermainkan pihak pemerintah.

dollah yankee -
sipembocor maklumat akan dihukum penjara seumur hidup sebab membocorkan maklumat tentang ahli politik yang rembat berbiliyiun ringgit harta negara ...
Kah..Kah..Kah.. memang kartun lahhh...!!! 


No comments:

Post a Comment