suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, February 04, 2016

Boleh tahan ka Mat Bashah?



Amat lah luar biasa bila raja-raja membuat teguran mengenai pak-pak menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka rakyat.

Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah dibenarkan untuk campurtangan dalam pentadbiran kerajaan dan hal ehwal politik, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan pak-pak menterinya.

Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan pak-pak menteri yang tidak cerdik atau 'bodo' kata orang-orang  dikampung-kampung, dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana untuk turut sama menegurnya.

Sudah tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan dan penonjolan pak-pak menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai "tahap gaban" sifatnya.

dollah yankee -
Mula-mula sekali lepas angkat sumpah MB, Md Bashah kata dia nak buat jamuan dan makan besar dengan orang keliling yang rapat dan dekat dengan lingkungan dia ... 

No comments:

Post a Comment