suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, January 21, 2016

Ini taktik lama ...

KOMENTAR
ini satu pandangan yang amat tepat. Ini analisa politik yang betul dari pemimpin PAS yang amat dihormati. Masalah yang dihadapi oleh najib razak amat amat besar dan sangat lah besar, maka muncul taktik (lapuk) untuk selamatkan najib/rosmah. Taktiknya ialah alih alih pandangan, alih perhatian, kena bawa isu lain, kena bawa ajenda lain, lalu mereka bawa berita dari negeri Kedah. Mereka bawa berita tendang MB Kedah Mukhriz. Satu malaysia nak tendang,nak penerajang najib/rosmah tetiba berita amat sensasi, berita nak tendang Mukhriz,ini namanya alih mata, alih telinga, alih perhatian, alih tumpuan.

Kebangkitan menentang Mukhriz taktik alih isu SRC, kata PAS -

Tindakan Umno Kedah secara tiba-tiba mendesak menteri besar berundur dilihat seperti bertujuan mengalihkan perhatian daripada tindakan terkini peguam negara memulangkan kertas siasatan SRC International kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata PAS hari ini.

Timbalan Presiden PAS  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sesuatu yang menghairankan apabila  Mukhriz Mahathir tiba-tiba menjadi bahan berita utama semua media hari ini.

"Umno Kedah perlu menggunakan media untuk membuat rayuan terbuka terhadap sesuatu isu yang boleh dianggap masalah dalaman parti.

"Apakah ini juga satu 'kebetulan' atau taktik mengalihkan perhatian?" soalnya.

dollah yankee -
Mana kita boleh lupa 2.6 billiun...

1 comment:

  1. alih la berita mcm manapun..2.6 dan 1mdb tetap di hati

    ReplyDelete