suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, January 10, 2016

50 tahun otak kena racun ...


Bila orang melayu sendiri kata ramai orang melayu yang bodoh, gurkah-gurlah politik di'port' tak terkejut pun sebab memang ada kebenaran nya kerana gurkah-gurkah ini telah melihat bagaimana sejak setengah abad yang lalu orang-orang melayu yang bodoh ini tidak pernah mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mereka hanya mendengar apa yang umno kata dan apa yang umno cakap. Selama setengah abad juga lah orang-orang melayu yang bodoh ini telah diberi racun dan pil tidur olih umno, sebab itu mereka tidak mahu bangkit.

Orang-orang melayu dibandar-bandar besar dan dikota-kota besar mungkin sudah pun tersedar dari tidur mereka, tetapi tidak kepada orang-orang melayu yang dikampung-kampung dan luar-luar bandar.

Jika gabungan Pakatan Harapan yang didominasi olih DAP menang pada PRU akan datang nanti, orang malayu jangan lah bimbang dan takut akan hilang kuasa dan hilang segalanya seperti yang selalu di cakap olih umno sebab orang melayu akan tetap berkuasa sebab nya di semenanjung Malaysia ada 162 kerusi parlimen dan 114 adalah majoriti yang dimiliki olih orang melayu. Cina hanya ada 22 kerusi manakala 29 kerusi lagi bercampur-campur antara cina,india,benggali dan lain-lain bangsa.

Demografi di Malaysia menunjukan yang melayu tetap kekal berkuasa kerana dan menjadi suara dominan dalam negara ini. Statistik jelas menunjukan yang melayu mendominasi populasi di negara ini kerana lebih 50% penduduknya adalah orang melayu, cina pula hanya sekitar 25%-27% manakala selebihnya ialah lain-lain bangsa.

Malaysia akan tetap diperintah olih orang melayu dan masih menjadi milik melayu jika kita semua bersatu, sehati dan sejiwa untuk menerajang Najib/Rosmah keluar.

Percaya lah semakin dekat PRU semakin kuat dan semakin hebat lah umno akan memainkan isu-isu yang cina DAP  anti melayu dan anti islam.

Jadi kepada orang-orang melayu... bangun lah !!!, sudah-sudahlah tidur ...

dollah yankee -
Memang betul lah bila ada orang kata orang melayu tak pandai math/ilmu kira-kira ...

No comments:

Post a Comment