suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, January 03, 2016

2016 yang berliku ...

Image result for tahun 2016

Hari ini hari ketiga rakyat marhain Malaysia telah menempuh tahun 2016 dengan cabaran yang amat getir. Buat rakyat marhain yang berpendapatan sederhana dan rendah. RM50 pada hari ketiga tahun 2016 ini sama lah seperti bernilai RM5 apabila keluar berbelanja barang keperluan.

Jika diteliti betul-betul kebanyakan bajet yang naik, dan subsidi-subsisi yang dihapuskan itu semuanya terkena kepada rakyat marhain yang macam kita.

Realitinya ialah ,walaupun kita sangat marah dan sakit sangat hati ini tetapi apa yang kita boleh buat masa ini? Sementara nak menunggu PRU yang akan datang sebab kita nak menerajang kerajaan BN/umno keluar dan sementara kita menunggu Anwar Ibrahim ambil alih jawatan PM, kita teruskan lah kehidupan kita dulu... 

Biarpun hidup sudah tidak aman dan sejahtera lagi akibat dicekik dengan situasi ekonomi masi kini, kehidupan yang terhimpit... diharap janganlah kita mengambil jalan singkat demi kelangsungan hidup dengan melakukan perkara-perkara yang tidak wajar dan menyalahi undang-undang. Biar kita rakyat marhain ini saja yang mendaulatkan undang-undang.

Harapan gurkah-gurkah politik di'port' (di-Jones Road,Kelawai) ialah semoga kita semua dapat menempuh segala cabaran ini dan diberi rezeki tambahan untuk menampung segala bebanan kekurangan. Berusahalah mencari dan meneroka peluang baru agar ada sinar bahagia yang lebih baik.

Berdoalah... kerana senjata utama kita umat muslim ialah hanya doa dan solat dan usaha sedikit, dan doa insan marhain macam kita ini yang tertindas amatlah mustajab. 

Semoga kita semua dapat meneruskan kehidupan ini dengan aman, sejahtera dan bahagia...

dollah yankee -
yang amat pasti ialah...selagi Najib/Rosmah tidak diterajang keluar, selagi itu lah kita akan merana!

No comments:

Post a Comment