suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, December 28, 2015

Tok Dalang yang power !



GEORGETOWN,24 Disember 2015 - 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sesekali tidak akan berganjak dalam memastikan ketelusan hasil siasatan berhubung kes derma RM2.6 bilion dan SRC International yang kini sudah di peringkat akhir.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan mengenai kedua-dua kes berkenaan sedang dikemaskini dan akan diserahkan kepada Peguam Negara sebelum 31 Disember ini.

Tetapi boleh kah laporan itu dapat disiapkan dan diserahkan sebelum 31 haribulan ini? sedangkan ADA DALANG dan TANGAN GHAIB yang telah dan yang sudah mengganggu siasatan itu sebelum ini? 

Sejak 6 bulan yang lalu gurkah-gurkah politik di'port' sangat tidak percaya dan tiada berkeyakinan langsung yang sprm mampu menyelesaikan kes ini kerana apabila ada orang telah hantar polis untuk tangkap pegawai sprm yang siasat kes SRC international ini pada jam 1 pagi, dan semasa pegawai itu sedang rancak tidur pulak tu.

PUTRAJAYA,8 Jun 2015 - 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengakui penahahan dua pegawai agensi berkenaan oleh polis menjejas proses siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd (SRC) dan isu berkaitan dana RM2.6 bilion.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.
“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.
Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.
“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya ...


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik ini telah bertaruh yang ... "it will be NFA.."


No comments:

Post a Comment