suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, December 24, 2015

Tak ada hal jika 'melayu tipu melayu' ..

Image result for gaduh di kota raya

Kejadian gaduh yang terkini di komplek kota raya minggu lepas sangat-sangat lah mengecewakan gurkah-gurkah politik di'port' yang rata-rata dari golongan dan orang-rang yang jenis yang 'cool'.

Kejadian yang melibatkan 2 kumpulan NGO yang mendakwa mereka adalah wakil daripada pengguna yang ditipu dan sekumpulan jurujual-jurujual di kedai 'hand-phone' itu amat-amat lah tidak wajar berlaku dan sangat dikesali kerana ianya merupakan ulangan kejadian seperti di Plaza Low Yatt tempohari dan ianya terjadi pada saat dan ketika ramai orang sedang keluar berbelanja untuk keperluan anak-anak nak masuk sekolah tahun depan dan berbelanja semasa jualan sempena krismas.

Gurkah-gurkah politik di'port' tidak tahu sepenuhnya punca kejadian itu tetapi apa yang mereka paham dan maklumat yang disalurkan ialah ianya berpunca daripada ketidakpuasan hati pelanggan-pelanggan yang di katakan telah membeli 'hand-phone' tiruan atau 'hand-phone underwater'.

Dalam kes ini, 2 pengajaran yang kita boleh dapat. Satu penjual jangan cuba tipu pelanggan dengan jualan barang-barang yang tidak asli sebab buruk padahnya bila pelanggan 'naik angin' (dan kadangkala penjual-penjual ini perlu juga disekolahkan sikit). Kedua, pelanggan yang ditipu pula jangan lah ambil undang-undang ditangan sendiri sebab dia boleh guna macam-macam saluran yang telah sedia ada untuk membuat aduan seperti Tuntutan Tribunal pengguna misalnya, cumanya mereka kena lah bersabar sikit sebab jika kita membuat aduan kepada tribunal ini ianya akan mengambil sedikit masa (nak 'dan-dan' kata orang utara, tak boleh lah).

Masanya sudah tiba untuk pihak-pihak yang berwajib memandang serius akan perkara yang sebegini supaya tidak lagi berulang kerana hubungan kaum dinegara ini pada masa ini macam 'time-bomb' kerana sentimen-sentimen perkauman yang selalu ditiup olih ahli-ahli politik.

dollah yankee -
Melayu tiada hal jika ditipu,walaupun sebanyak 2.6 billiun, tetapi akan marah jika ditipu sebanyak 260 ringgit.. Kah..Kah..Kah..




1 comment:

  1. Orang Melayu tak Tipu ...
    Orang Melayu tak Bohong ...
    Orang Melayu tak Rasuah
    Yang Rasuah, Bohong dan Tipu tu ... orang Bukan Melayu.
    Melayu tak Tipu ... hanya tak cakap Benar
    Melayu tak Bohong ... hanya tak Lurus
    Melayu tak rasuah ... orang Dermakan.

    ReplyDelete