suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, December 03, 2015

Suara orang kampung


“Sekarang ini kalau bawak duit dua puluh ringgit, atau tiga puluh ringgit, apalah yang boleh dibeli, bunyinya besar, tapi nilainya, semuanya serba mahal,” kata seorang pakcik yang sangat tua
“Ikan mahal, barang-barang keperluan harian yang lain juga semuanya mahal. Kita orang kampung memang sangat terasa,” keluhnya.
Dia menambah, “Harga barang di kampung lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan harga di bandar-bandar besar. Ini disebabkan bayaran lori dan 'transport' mahal kerana jauh di kampung, macam-macam lagi.”
“Di bandar, kedai besar selalu saja menawarkan jualan harga murah. Di kampung tak ada tawaran harga murah seperti itu, jadi orang bandar lebih beruntung,” katanya lagi.
“Sekarang ini semuanya kena cukai, macam-macam cukai. GST, Jangan kata orang kampung tak kena cukai, kena juga, semuanya kena, cuma kebanyakannya tidak tahu. Barang dalam tin, ikan kering, ikan bilis,sardin pun kena GST,” katanya lagi.
Mereka sebanyak sedikit tahu mengenai GST. Mereka mengikuti penerangan di TV dan akhbar serta cerita yang di bawa anak-anak yang bekerja dan tinggal di kota-kota dan bandar-bandar besar apabila anak-anak pulang bercuti di kampung.
“Kami orang kampung nak buat macam mana. Terima sajalah.”
“Kami nak suarakan bantahan kami sewaktu pilihan raya nanti, Dekat pilihan raya nanti, kami ada suara untuk membantah. Pihak pemerintah pasti akan dengar. Kalau tidak dengar, kami tak akan undi mereka.”
“Tapi,macam-macam bantuan akan tiba waktu itu. Habis semuanya jadi lembut, tak ada suara yang sanggup membantah. Lepas pilihan raya balik semula macam biasa. Kami orang kampung beginilah juga.”
Walaupun pandangan mereka tidaklah ‘tinggi’, jauh daripada teori politik tinggi, tetapi sangat menarik – jujur, tajam, tepat dan ringkas. Inilah suara rakyat biasa, suara orang kampung, bukan suara pak menteri, wakil rakyat di Parlimen dan di Dun serta suara orang besar yang lain.
dollah yankee -
Menurut kajian, dalam PRU ke-13 yang lalu, jumlah penduduk kampung di luar bandar semakin berkurangan, hanya sekitar 25% daripada jumlah keseluruhan pengundi dan jumlah itu akan semakin merosot.Secara lojiknya pengundi bandar yang semakin besar jumlahnya akan mendominasi demografi pengundi dalam PRU akan datang. Kini, trend pemikiran pengundi bandar lebih banyak menentukan keputusan PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment