suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, December 02, 2015

lari atau muncul?

Image result for nothing to hide by najib

Gurkah-gurkah politik di'port' dan sekelian rakyat marhain berdoa dan berharap agar Najib dapat datang dan tidak menyembunyikan diri lagi pada kali ini untuk muncul di sidang terakhir parlimen esok untuk menjelaskan dan mencerahkan kepala otak rakyat yang dah serabut berhubung dengan derma 2.6 billion yang dimasukan kedalam akaun peribadi beliau.

Mereka juga berharap agar Najib dapat menunaikan janji untuk memberi penjelasan tentang wang 2.6 billion itu yang telah mencekik diri nya sendiri serta pembodek-pembodeknya.

Semua orang pun sudah maklum yang Najib ini amat jarang muncul pada sesi sidang parlimen kali ini dan rakyat juga berharap supaya Najib tidak lari dan dapat menjelaskan dengan terperinci dari mula-mula perjalanan wang itu sehingga berakhir dilautan hindi  didalam akaun peribadinya.

Rakyat juga sangat-sangat berharap agar MP seperti Rafizi, Mahfuz, Guan Eng, Nurul Izzah dan lain-lain lagi MP dari pakatan harapan tidak dilarang dari menyoal Najib dalam penjelasan yang akan diberikan.

Gurkah-gurkah politik disini pula berharap supaya Najib tidak akan membuat penjelasan dengan menggunakan tek skrip yang telah dibuat dan baca ikut tek tersebut.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah ini mula bertaruh sesama sendiri sama ada Najib akan muncul atau sembunyi ...
majoriti bertaruh yang dia tak akan datang ...





2 comments:

  1. Kedatangan Najib bergantung kpd Rosmah samada akan buka kotak khas berkunci tempat menyimpan telo Najib yg kuncinya hanya ada pd Rosmah shj. Kita sama2 doa agar terbuka hati Rosmah utk memulangkan telo Najib walau hanya utk sehari dan lepas tu pastinya kena pulangkan semula pd Rosmah utk dikunci lagi.

    ReplyDelete
  2. Tentulah najib berani datang sebab dah hari terakhir persidangan..hulubalang utama najib da bersedia untuk usung keluar najib dari pintu belakang.. hope sgt spt speaker perak 2009.

    ReplyDelete