suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 27, 2015

Bila rakyat bangun melawan!


Image result for perlombongan bauksit

Perkara yang lebih buruk dijangka berlaku jika kerajaan masih tidak hurmat dengan suara rakyat dan jika masih memekak kan telinga serta membisukan mulut dengan desakan-desakan supaya aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal itu masih diteruskan.

Pergi jahanam lah! dengan suara rakyat yang mendesak supaya aktiviti ini diberhentikan. Pergi mamposs lah! dengan kesejahteraan rakyat sebab sudah ada rakyat yang mamposs dilanggar tayar lori bauksit yang tercabut.

Jika telinga kerajaan tidak pekak dan mahu mendengar rungutan-rungutan dan desakan-desakan serta suara-suara rakyat ini serta mengambil serius perkara ini, kejadian 6 lori bauksit yang dibakar penduduk kampong dan seorang penduduk mati dilanggar tayar lori yang tercabut ini boleh dielak kan.

Risiko-risiko dan kemungkinan-kemungkinan yang telah terjadi ini telah diberitahu awal-awal lagi kepada kerajaan dan pihak yang berwajib, tetapi olih sebab mereka sengaja pekak kan telinga dan bisukan diri...terima lah habuan!

Jika hal ini berterusan lalu merebak kerana rakyat sudah hilang kepercayaan dan keyakinan dengan sistem keadilan, maka dijamin satu negara sudah tidak mampu dikawal. Ini kerana rakyat bawahan negara ini percaya dan berkeyakinan yang mengambil undang-undang ditangan sendiri sahaja  yang dapat membela diri mereka daripada di zalimi sang pemerintah.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' sudah lama hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini ...


No comments:

Post a Comment