suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, December 07, 2015

Berani buat,berani lah tanggung!

Image result for papagomo facebook
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan supaya blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Rohana Yusof yang mengetuai panel tiga anggota menolak rayuannya berhubung jumlah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah kerana memfitnah bekas ketua pembangkang itu.
Katanya, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa fakta Papagomo dan Wan Muhammad Azri adalah orang yang sama melalui bukti oleh rakan-rakan blogger.
"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada kesilapan dalam fakta-fakta itu dengan keputusan tersebut. Dengan ini, mahkamah juga mendapati bahawa memorandum rayuan Wan Muhammad Azri tidak menyatakan yang dia merayu mengenai jumlah yang perlu dibayar itu.
"Justeru, kami dapati tidak ada alasan yang munasabah untuk mengganggu keputusan hakim Mahkamah Tinggi berhubung jumlah itu. Dengan ini, mahkamah menolak kedua-duanya," katanya.
Sidang bersama adalah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan hakim Datuk Varghese George Varghese.
Di samping itu, Wan Muhammad Azri, yang tampil seorang diri tanpa diwakili peguam, juga diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos RM10,000 kepada Anwar.
dollah yankee - Kena saman dengan polis RM300 pakai 'handphone' masa memandu pun dah seram sejuk ...

1 comment: