suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, November 11, 2015

Yang tinggal cuma telor 2 biji ...

Empat Individu Gagal Halang Abdul Hadi Bentang Hudud Di Parlimen


Gurkah-gurkah politik di'port' kata jika hukuman ini berjaya dilaksanakan, alamatnya ramai lah pemimpin-pemimpin dari umno hanya akan tinggal telur saja 2 biji sebab yang lain semua kena potong kerana banyak lakukan kesalahan ...

Apa itu undang-undang Islam? Persoalan ini harus difahami terlebih dahulu sebelum memperkatakan mengenai hudud. Malaysia telahpun melaksana undang-undang Islam di semua negeri dan ini dapat dilihat daripada wujudnya Mahkamah Syariah yang memberi tumpuan khusus kepada isu nikah cerai, pembahagian harta dan soal yang berkaitan keluarga Islam. Yang belum dilaksana hanyalah kanun jenayah kerana isu itu tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Harus diingat bahawa Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan dan kanun jenayah termasuk dibawah bidang kuasa Polis, iaitu sebuah institusi Kerajaan Persekutuan. Jika mana-mana negeri ingin melaksana kanun jenayah Syariah, maka ia perlu mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri dan kemudian Parlimen. Ini kerana ia melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan Parlimen perlu meluluskan pindaan undang-undang dengan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat. Sama ada pihak yang bakal membawa usul berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan akan mendapat sokongan Dewan Rakyat atau tidak, atau sama ada usul tersebut diterima terlebih dahulu oleh Speaker menjadi satu tanda tanya. 

Suka atau tidak, seorang yang mengaku dirinya Muslim, semestinya tidak ragu-ragu menerima hukum Islam, iaitu undang-undang Syariah pada keseluruhannya. Yang menjadi musykil dikalangan khalayak ialah sama ada pihak yang ingin melaksana kanun jenayah Syariah benar-benar bersedia dan mampu melaksanakan seperti yang dikehendaki oleh Islam.

dollah yankee -
Ambil rasuah,terima rasuah,bagi rasuah tidak ada dalam senarai kesalahan untuk hukuman hudud?

3 comments:

  1. Mentanglah deme2 tu parti yang perjuangkan Islam kununnye, perjuangan untuk perlaksanaan hukuman HUDUD yang terlebih diberiikan keutamaan. Walhal, deme2 sendiri pun belon tentu faham! Umpama nak jadi imam sembahyang, tapi bace al-Fatihah pun tak belum tentu betul lagi.

    Yang tak tahannya kalau kita tegur, kongsi pandangan atau cadangan digertaknya kita.. "tak percaya atau ragu2 dengan hukum HUDUD, nko dah jatuh kafir!!"

    Kalau cerdik, tumpukan dulu usaha nak menang. Tawan Putrajaya dulu. Bila parti dah berkuasa, barulah terapkan sedikit demi sedikit pemahaman kepada masyarakat tentang kebaikan, kesucian dan keindahan Islam.

    Teman bukan ape, terfikir juge kalau gese2 laksanekan HUDUD, silap2 tuan presiden, atau AJK2 parti kite sendiri juge yang terlebih dulu layak dilaksanekan hukuman ke atasnye...

    ReplyDelete
  2. kalau tidak ada kesungguhan nak laksana bial nak mula lagi asik pakai alasan lapaok
    ada kuasa cari ruang untuk lakasana bukan cari ruang untuk tolak
    jangan angku Islam tapi tolak hukum dari Allah
    buruk padahnya diakhirat nanti
    pihak (Islam) yang tidak mau bagi kerjasama dalam usaha ini adalah pihak yang dzolim

    ReplyDelete
  3. Kalau diikutkan kepada pandangan Sheikh Yusof Qardawi, Hudud itu mesti dilaksana SETELAH keperluan,asas dan kebajikan rakyat sudah terjaga dan dipelihara seelok2nya. Maka dalam konteks Malaysia dan Kelantan khususnya, hudud letaknya dibelakang pembasmian kemiskinan, penyempurnaan kebajikan rakyat serta terlaksananya keadilan sosial didalam masyarakat bukan sebaliknya.

    Oleh itu adalah WAJIB mendahulukan apa yang lebih penting. Hudud adalah penting tetapi selagi ada benda yang lebih penting TIDAK dilaksanakan, adakah kita Islam jika mahu melaksanakan Hudud dengan membelakangkan pekara yang lebih penting? Ia seumpama kita patuh dan berusaha untuk berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan tetapi solat yang wajib tidak cukup waktu sehari semalam. Puasa kita itu mungkin sah dari segi hukum tetapi ibadah kita adalah sumbang malah mungkin juga langsung tak diterima oleh Allah.

    Oleh itu marilah kita menjadi umat Islam yang bijak. Mendahulukan perkara yang lebih penting dari perkara2 yang menonjol sifat "islam"nya tetapi kurang penting dari segi kedudukannya dalam kehidupan dan kenegaraan kita. Islam itu maju kerana umatnya bijak berfikir malah Islam tidak akan maju dengan umat yang jahil tetapi taat membuta tuli.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete