suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, November 02, 2015

Warna sebenar ...


Pakcik, makchik di penempatan-penempatan felda di luar bandar sana ada berkata "Birds of same feather flock together", ertinya yang paling tepat ialah mereka yang dikategorikan dalam satu kumpulan akan berkumpul dalam kumpulan yang sama. 

Di Kuala Terengganu kelmarin presiden PAS telah berkata yang parti mereka tidak berminat untuk merampas Putrajaya dan menendang Najib/Rosmah keluar dari sana, malah mereka akan 'berkolaberasi' membantu Najib/Rosmah untuk menangani masalah-masalah yang sedang dihadapi Najib dan memperbaiki dasar-dasar dan polisi-polisi yang telah dibuat Najib.

Dengan kenyataan yang di keluarkan olih presiden PAS ini amat jelas pemahaman nya dari pandangan dan kaca mata rakyat-rakyat marhain yang tinggal di kota-kota besar dan bandaraya bahawa PAS telah bersedia secara terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan yang korup daripada berpakat dengan mereka-mereka yang benar-benar berjuang untuk rakyat. 

Dan pada hari ini PAS dan UMNO masing-masing mempunyai presiden yang membawa liabiliti kepada parti mereka, olih itu mereka berdua tiada pilihan dan terpaksa menggunakan pendekatan "i help you, you help me" yang telah diperkenalkan olih Najib satu ketika dulu agar kedua-duanya boleh terus kekal berkuasa dalam parti walaupun kedua-duanya sudah tidak lagi relevan.

dollah yankee -
6 bulan dulu Haji Hadi sudah mula tunjuk tanda-tanda...
Datuk Seri Najib Razak patut terus berkhidmat sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, Najib tidak harus tunduk pada tekanan dan harus diberi peluang menyelesaikan masalah dihadapi, lapor The Star Online.
Hadi juga berkata Najib patut diberi peluang kedua untuk menghabiskan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara sehingga cukup penggal perkhidmatan.
Anggota Parlimen Marang berkata tidak guna memberi tekanan kepada Najib susulan kontroversi sekitar 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.
Beliau juga dilaporkan berkata, memberi tekanan supaya Najib berundur tindakan memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi

1 comment:

  1. Bila sudah bersendirian maka bebaslah untuk membuat apa-apa keputusan apa lagi keputusang tuang presideng jangang ditentang jika tentang akan jadi ...

    ReplyDelete