suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, November 14, 2015

Rasanya dalam RM500 ribu ...


Sebelum ini ...

Anwar memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan defendan(utusan melayu) telah menerbitkan dua artikel di muka depan akhbar Utusan Malaysia, berhubung temu bual beliau dengan BBC.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membenarkan tuntutan saman Anwar dengan memutuskan dua artikel yang diterbitkan Utusan Melayu pada berhubung temu bual Anwar dengan BBC, adalah fitnah.
Beliau telah mengarahkan akhbar milik Umno Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar RM200,000 bersama faedah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.

Sekarang ini ... (kes sedang berjalan)
Anwar Ibrahim lawan S.Nallakarupan
Anwar Ibrahim menafikan menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation Bhd.
Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili S Nallakaruppan berkata, Anwar telah menerima wang tersebut melalui orang tengah.
“Tidak benar. Tuduhan awal kata RM3 bilion sekarang ini dah turun pula, itu semua fitnah jahat,” kata Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pagi ini.

Anwar memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan.

Jika saman RM 50 juta Anwar menang dan dia dapat 'award' RM 200 ribu. Kali ini saman nya bernilai RM 100 juta, dan tak mustahil Anwar boleh memang lagi dan dalam kira-kira yang dibuat olih gurkah-gurkah politik di'port', Anwar mungkin boleh dapat dalam sekitar setengah juta ringgit.

dollah yankee -
Untung Anwar, duduk 'dalam' pun dok dapat duit

No comments:

Post a Comment