suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 01, 2015

Orang tua ini tak goyang lahh..!



Nampaknya ramai ketua-ketua bahagian umno mula menjadi 'dedalu' dan menghasut pimpinan atas untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 'geng-7' yang dilabel sebagai 'gunting dalam lipatan' dalam parti.

Dan semua orang pun tahu dalam 'geng-7' itu siapa dia punya kepala. 

Dikatakan juga yang kepala kepada 'geng-7' ini tersenarai sebagai ahli umno paling diatas dan nombor 1 untuk di cekik olih jawatankuasa disiplin parti. Ketua-ketua bahagian umno ini juga telah terlepas cakap dengan menyebut gelaran 'orang tua ini' merujuk kepada kepala kepada 'geng-7'.

Ketua-ketua bahagian umno juga telah menggelar 'orang tua ini' sebagai Ketua umum parti pembangkang yang telah menggantikan Anwar Ibrahim kerana peranan nya yang sangat efektif dan hasutan-hasutan beliau cukup berkesan, lebih berkesan daripada Wan Azizah, ketua pembangkang dalam parlimen Malaysia.

Ketua bahagian umno Kapar pula terus menuang petrol keatas api yang sedang membakar umno dengan berkata kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan 'orang tua ini' telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada parti.

(Kah..Kah..Kah.. curi dan rembat harta negara parti tak rosak !!!?)

dollah yankee -
Berani kah jawatankuasa disiplin ambil tindakan? Ada 'telor' kah mereka?




1 comment:

  1. Jika tindakan diambil, maka lebih bebaslah orang tua tu berkata-kata lebih banyak tembelang tidak dapat disorokkan lagi. Bukannya kena masuk penjara pun.

    ReplyDelete