suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, November 09, 2015

Ini baru lah "Taiko-Tai" !



KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu dalam jawapan bertulis kepada Parlimen bahawa Dr Mahathir sedang disiasat susulan gesaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Jangan ingat apabila kita tidak memanggil beliau (Tun Mahathir) kita tidak jalankan siasatan. Siasatan tetap dijalankan tetapi apabila perlu panggil dan merakam keterangan baru kita lakukan," katanya.
 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap Dr Mahathir.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan telah diambil keterangan oleh pasukan penyiasat Bukit Aman, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Memetik laporan The Star, Dr Mahathir yang bercakap kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary berkata, beliau tidak menjawab soalan yang dikemukakan pegawai tersebut.

"Mereka tanya soalan dan saya kata saya tak akan jawab. Saya tak jawab," katanya.

dollah yankee -
Rasanya bukan polis ambil keterangan dari Tun Mahathir, tetapi Tun Mahathir yang ambil keterangan dari polis.Ini baru lah boleh di panggil "Taiko-Tai" !
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment