suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 13, 2015

Anwar nak dapat duit pulak dah...



Dua hari berturut-turut sambungan perbicaraan kes saman Anwar Ibrahim keatas S. Nallakaruppan tidak dapat dijalankan kerana Peguam yang mewakili Nalla iaitu Shafee Abdullah tidak sihat.

Kes ini berpunca dari isi kandungan ucapan ceramah Nalla sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun 2008. Sudah mencecah usia 7 tahun kes ini dan yang paling penting adalah ‎Nalla ketika itu sedang berkempen membantu BN calon UMNO. Dalam ceramah itu Nalla kata Anwar pernah terima wang jutaan ringgit daripada Magnum Corporation.

Senario di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak dua hari lepas sangat meriah kerana k‎ehadiran Anwar disambut oleh penyokong penyokongnya yang tetap dan yang masih setia. Sebaliknya Nalla tiba di Mahkamah dengan hanya tiga orang sahaja terdiri dari pimpinan partinya sendiri MIUP dan pembantu seorang merangkap 'bodyguard'.

 dollah yankee -
Anwar hanya tuntut 100 juta walaupun nilai dirinya berharga lebih dari itu ...

No comments:

Post a Comment