suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, November 18, 2015

AMANAH,harapan baru rakyat


Image result for parti amanah negara

Patutlah ramai yang 'merah mata' dan 'panas jubur' terhadap kejayaan PAN (parti amanah negara), sebabnya baru dua bulan ditubuhkan parti itu telah pun ada 6 kerusi diparlimen dan pada masa ini 50 ribu borang keahlian sedang diproses untuk jadi ahli. Manakala 150 ribu borang lagi telah pun diedar ke seluruh negara.

Dijangkakan bila tiba saja tahun baru 2016 nanti, PAN akan mempunyai 100 ribu ahli yang berdaftar.

Berdasarkan pengalaman puluh tahun dalam politik, pemimpin-pemimpin kanan dalam PAN telah diiktiraf dan diberi penghargaan yang tinggi apabila dijemput dalam pelbagai forum diperingkat nasional dan juga antarabangsa. Apabila perkara begini berlaku ini bermakna PAN telah mendapat iktiraf sebagai entiti politik yangb penting dan tidak boleh dipandang enteng.

Perjuangan PAN telah dilihat berteraskan dasar islam yang wajahnya adalah "Rahmat untuk semua", disamping pendekatan yang progresif, inklusif dan pedulikan hal rakyat, olih ramai rakyat telah melihat PAN adalah amanah untuk terus maju ke depan bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

dollah yankee -
Selamat berjuang! gurkah-gurkah politik di'port' pun dah ada yang isi borang untuk jadi ahli PAN kerana mereka percaya kepada kehebatan kepimpinan Mat Sabu
 

3 comments:

  1. Kini PAN x perlu risau lagi tentang status islam yg diperjuangkan mereka.. 'Tahniah' PAN.. kerana telah diisytihar dan diiktiraf mengamalkan islam jenis yg 'tidak sesat' oleh Yg Berbhg TG Tony Pua..

    ReplyDelete
  2. As salam bro.

    Pembetulan ..not PAN, lah !

    akronim Parti Amanah Negara = Amanah !

    Biasakan yg betul. Betulkan yg biasa (jika salah) !

    Jangan marah ! hehe !!

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada abg mat dan rakan2 dalam PAN!!!!!!

    ReplyDelete