suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 29, 2015

Rakyat pula tunggu ...


Suatu ketika dulu sebelum PRU-13 dan sebelum perjanjian syaitan untuk bekerjasama dengan umno, kepimpinan PAS dalam muktamar mereka pernah memohon doa untuk menjahanamkan umno dan BN. Dan kini nampaknya doa mereka itu sudah pun diperkenankan dan dimakbulkan.

Umno telah jahanam dan hancur, dari luar sahaja nampak masih okey tetapi didalam nya sudah jadi 'dalca dan caca-marba'.

Skandal 2.6 billiun telah menjahanamkan umno. ianya ada lah dedalu yang telah merosakan induknya. Isu duit yang tak terkira banyaknya ini telah dibayar dengan kos yang sangat mahal. Ia bukan saja telah membabitkan jawatan Timbalan PM dan Menteri malah turut melibatkan pertukaran, penerajangan, disejukbeku pegawai-pegawai kerajaan secara terkejut. Pelbagai agensi turut menerima kesan termasuk SPRM (yang cuba nak kembali ke pangkal jalan setelah menerima jolokan Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia dari rakyat marhain).

Umno telah sedar kemenangan tipisnya dalam PRU-13 telah memberikan isyarat yang rakyat kini bukan lagi 'bodoh' dan orang melayu sedar umno tidak lagi relevan kecuali buat beberapa kerat dan kumpulan orang melayu.

Dengan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu, bebanan kos yang naik tiap hari, rakyat yang tak bodoh ini telah dicekik dengan pelbagai cukai, pembuangan pekerja, pengangguran (sebab semua kerja telah diambil alih olih warga asing yang haram dan yang halal) dan segala macam masalah, hayat umno telah pun berakhir.

Kini rakyat hanya mengharapkan kepada Pakatan Harapan ...

dollah yankee -
Kini tiba giliran rakyat pula berdoa untuk tibanya pemerintah dan pimpinan yang adil

No comments:

Post a Comment