suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 29, 2015

Liong Sik dah jadi 'penunggu'


PUTRAJAYA: 
Bekas Presiden MCA,  Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.
Najib Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.
“Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu” katanya.
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.
“Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar,” katanya. 
Liong Sik berkata, beliau akan terus mendesak Najib meletak jawatan dan sudah bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..mau tunggu atas pokok di kepala simpang jalan lagi seram...

No comments:

Post a Comment