suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, October 09, 2015

Jom kita terus bedal.

Gurkah-gurkah politik di'port' terus menerus mem'bedal Najib dan Rosmah (walaupun dalam takut-takut)... mereka terus-terusan menjolok Putrajaya kali ini supaya terima saranan Zeti Aziz supaya menyelesaikan segera isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar pelabur tidak terus cabut lari kerana hilang keyakinan kepada Malaysia.

Gurkah-gurkah ini yakin kenyataan Zeti berhubung kejatuhan mata wang berpunca daripada skandal 1MDB ada benarnnya kerana Bank Negara sendiri terlibat dalam siasatan syarikat sarat hutang itu.

Zeti selaku gabenor Bank Negara memperingatkan dengan niat yang gurkah-gurkah ini yakin dia mempunyai cukup maklumat lengkap tentang 1MDB yang perlu penjelasan dan penyelesaiannya.

Zeti baru-baru ini berkata, negara tidak perlu satu lagi skandal kewangan dan menegaskan kejatuhan mata wang hanya akan pulih jika isu berhubung 1MDB diselesaikan segera. Tun Mahathir pula kata ringgit akan pulih bila Najib-Rosmah berambus.

Zeti juga kata rakyat berhak tahu berhubung skandal kewangan membabitkan syarikat yang dinaungi Najib itu.

Perlu diingat jika kes 1MDB ini tidak juga selesai, ia akan terus menghakis keyakinan pelabur.

Impak dan tempiasnya bukan hutang RM42 bilion atau 2.6 bilion dalam akaun peribadi tapi kesan daripada keyakinan dan kepercayaan pelabur antarabangsa boleh terhakis kalau perkara ini tidak diatasi.

Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' paham ialah  walaupun 1MDB memiliki aset yang besar, ia bukan aset yang produktif, 

"Kita sedar mengenai nilai asetnya yang mungkin melebihi daripada hutangnya, tapi kita juga sedar dan tahu aset yang ada tidak produktif yang tidak meraih hasil di mana pihak 1MDB terpaksa bergantung kepada pihak yang lain untuk mengatasi masalah hutang ini.

"Pendekatan perlu menggunakan kebijaksanaan bukan hanya dengan menjual aset sedia ada selepas itu jualan aset pun hilang, hasil pun hilang."...hebat gurkah-gurkah ini, kenyataan-kenyataan mereka lebih baik dari Pak-Pak Menteri.


dollah yankee -

Betul lah kata Tun Mahathir,ramai yang tahu kisah benar 1MDB ini, tapi diam sebab takut kena angkat ...

No comments:

Post a Comment