suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, October 28, 2015

Bila Mat Bahalol jadi menteri...


Terlalu ramai Mat Bahalol yang menjadi pemimpin dalam umnu dan be end …sebarang usul yang dibuat oleh Memanda Perdana Menteri akan diterima pakai, bertempek menyokong, akan diterima tanpa sebarang bangkangan dengan alasan menghormati pendirian parti atau tak boleh langgar arahan parti. 

Itu bukanlah alasan sebenar, kerana alasan sebenarnya adalah “Gua takut Soru nanti miss daaa….”. 

Apabila Muhyddin Yassin tegur Perdana Menteri maka hilanglah jawatan TPM (sekarang sedang nak siasat salah laku beliau dalam meluluskan projek-projek semasa jadi Timbalan PM dulu pula dahh..,manakala jawatan nombor dua dalam parti pula sedang menjdi telor dihujung tanduk..). Bila Shafie Afdal 'bedal' PM, hilanglah jawatan Menteri beliau. Bila ahli tegur presiden dalam perbahasan Mesyuarat Agung, diterajang,dibuang dari parti (Pn. Aina – Langkawi) dan bila penjawat awam nak melaksanakan tugas dengan lebih telus, samaada ditukar, diterajang atau dipencen awalkan (bekas Peguam Negara dan juga anggota SPRM). 

Jadi apa yang perlu ahli politik dalam umnu dan be end lakukan adalah membela presiden mereka walaupun kadang-kadang ucapan pembelaan mereka memancarkan tahap kebodohan paling maksima dalam keintelektuallan mereka. Itu semua dilakukan adalah untuk menjaga tembolok dan perut mereka supaya tidak kering seperti rakyat yang diperah bak kain basah. 

Pergi mampus dengan rakyat yang mengundi aku…pergi mampus dengan rakyat yang menolak aku. Yang penting aku diatas dan tembolok aku penuh. Itu lah flasafah ahli politik umnu.

dollah yankee -
Dalam masa 2 hari parlimen bersidang, hanya MP dari DAP sahaja yang bangun menyuarakan hal-hal yang dekat dengan rakyat iaitu Tol dan GST...

No comments:

Post a Comment