suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 30, 2015

Sial penyapu ...




Betapa masih segarnya dalam ingatan gurkah-gurkah politik di'port' tentang gambar diatas, seingat kami gambar ini diambil sempena penganugerahan Hadiah penyapu kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs)mereka menerima Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 dalam bentuk penyapu,alangkah hibanya mereka dikala itu dan sudah tentu 2 orang hamba Allah yang menerima anugerah penyapu itu tak kan melupai bahkan akan mengingatinya sehingga ke akhir hayat. Yang paling pasti kelmarin mereka ini mungkin sudah keliling masjid dalam negeri Selangor untuk kenduri pisang. Sungguh kejam khir toyo dikala itu, dikala dia berada di puncak tampuk kekuasaan maruah orang dipijak-pijaknya.

Kini siapa khir toyo???? dia sekarang bergelar seorang banduan, atau banjingan kata orang-orang Indon. Itulah sialnya penyapu. Kita hidup ni jangan anggap kuasa yang ada pada kita akan kekal buat selama-lamanya..ingatlah pada satu ketika nanti kita akan dibawah juga..kita tak akan sentiasa mampu menonggkat langgit yang biru..ingatan itu bukan hanya untuk khir yang ternyata kini menerima balasan atas perbuatannya akibat kealpaan dan keghairahan mengunakan kuasa yang ada.Bahana ada kuasa ni cukup tinggi..jangan rasa kita ada kuasa kita melakukan pelbagai perkara tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain, tak kirala siapa kita..ketua jabatan ka..atau guru besar ka!Nah sekarang siapa khir?

Sial penyapu Khir Toya ini jatuh bertimpa-timpa..setelah menghadapi pertuduhan rasuah, dia kini di penjara. Dia hilang segala-galanya,banglo yang dimilikinya,hilang segala jawatan dalam UMNO, hari ini dia lebih malu jika nak dibandingkan dengan 2 pegawai yang dia malukannya mereka dulu...

Rasanya belum terlambat untuk 2 pegawai yang menerima 2 batang penyapu dari khir itu dapat kiranya mereka mengembalikan semula 2 penyapu tersebut untuk di simpan rapi oleh khir dirumahnya. Rasanya dua batang penyapu tu ada lagi kan???? bak kata  Tukiman Nail, YDP Majlis Daerah Hulu Selangor  menyatakan “Saya letak penyapu itu dalam pejabat sebagai ingatan yang takkan dapat dilupakan, dan bukannya untuk dibuat sebagai sumber inspirasi". 


dollah yankee -
Bagaimana agaknya perasaan Khir Toyo bila tidur dalam sana pada hari pertama? Gurkah-gurkah politik di'port' sabar menunggu giliran Mat Monggol.

1 comment:

  1. bukan sbb penyapu jadi sial...tuan punya badan dah memanag sial...

    ReplyDelete