suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 07, 2015

BUKAN pulak dahhh ...


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menafikan mengeluarkan kenyataan mengatakan sumbangan derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan daripada Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT) dan My Timesyang memetik kenyataan mendakwa Ahmad menyatakan Putera Alwaleed memberi sumbangan tersebut sebagai dana kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,.
“Saya ingin rujuk laporan FMT & mytimes konon saya kata Al Waleed bin Talal beri rm2.6b. Laporan sumber Kota Kinabalu 5/9/15 itu salah.
“Saya hanya beri contoh Putera Saudi itu yg umumkan utk derma RM120b hartanya mulai 1/7/15. Saya tidak kata beliau yg beri derma kpd PM,” tulis Ahmad dalam laman Twitternya, pada Ahad.
Menurut Ahmad, tujuan beliau memberi contoh dengan menyebut nama Putera Al Waleed ekoran segilintir pihak yang mempersoalkan tidak wujud ‘orang kaya’ yang sanggup menderma dengan jumlah yang besar.
“Tujuan saya beri contoh itu ialah kerana ada pihak yg sebut mana ada orang sekaya itu utk derma RM2.6b. Rupanya yg derma RM120b pun ada,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, hartawan berusia 60 tahun itu mengumumkan akan menderma kesemua hartanya berjumlah USD32 bilion (RM 120 bilion) kepada badan kebajikan selepas mendapat inspirasi daripada pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft iaitu Bill Gates
dollah yankee - Kami pun terkejut lah juga sebab mana ada orang dalam dunia ini yang begitu baik hati, kecuali lah tangan kanan bagi,tangan kiri terima...

2 comments:

  1. masih mengekalkan ke "ahmad maslan" nya..yang gi quote dia tu buat apa...

    ReplyDelete
  2. NAK MENIPU ...NAK BERBOHONG ... AGAR DUIT HARAM RM2.6 BILLION ITU JADI HALAL .....tuhan kau siapa mat..??? visnu ke...???

    ReplyDelete