suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 25, 2015

Bangsa melayu yang berani ...



Tiada bangsa lain seberani bangsa melayu. Ini kerana bangsa melayu sangatlah berani, berani mati kerana mereka sanggup melantik segerombolan pemimpin untuk memerintah negara dan masih mahu mengekalkan pemerintahan gerombolan ini untuk menuju kehancuran.

Bangsa melayu yang berani ini tidak mahu membandingkan pemimpin negara mereka dengan pemimpin-pemimpin di negara-negara lain. Ini kerana jika berlaku apa-apa saja kesilapan yang telah dilakukan olih pemimpin mereka dinegara-negara lain itu, mereka dengan cepat-cepat membantah dan memprotes.

Tetapi dinegara kita bangsa melayu yang berani mati ini tetap duduk rileks dikedai-kedai kopi sambil pekena kopi 'o' panas, sambil pekena nasi lemak atau roti canai walaupun mereka tahu pemimpin-pemimpin mereka telah merembat berbiliun-biliun harta negara. Tidak kah satu keberanian yang melampau?

dollah yankee -
Selain berani,mereka juga amat-amat penakut. Takut untuk membuat pembaharuan !!! 

1 comment: