suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 08, 2015

Agenda mesyuarat:- Terajang !


Ada lah dipahamkan yang sebaik saja Mahyuddin Yassin pulang dari 'trip' Australia selama satu minggu, dia telah di terajang olih Najib panglima bugis (ingat Najib nak guna keris atau tombak atau lembing,tapi Najib hanya guna penendang...KahKahKah..)

Selepas itu Mahyuddin mula mengumpulkan peguam-peguam yang paling hebat untuk bersiap sedia merangka setrategi-setrategi persediaan bagi mesyuarat MT umno. Ini dia kerana telah merasakan yang dia juga akan menerima nasib yang sama seperti Anwar Ibrahim yang telah dipecat sebagai orang nombor 2 dalam parti. Mahyuddin boleh terima pemecatan sebagai Timbalan PM kerana nak lantik dan nak buang jawatan itu terletak pada tangan Najib. Tetapi kalau dia nak buang sebagai orang nombor 2 dalam parti, itu sudah melanggar perlembagaan parti kerana dia telah dipilih olih perwakilan. Jadi sebab itu lah dia telah bersedia dengan sekumpulan peguam-peguam untuk menentang Najib dan ahli MT lain jika mereka cuba nak terajang dia.

Untuk mesyuarat MT pada esok hari, Mahyuddin dan penyokong-penyokong dia telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan sekali ini dia tidak akan membiarkan Najib menerajang nya sekali lagi tanpa melawan.

Walaupun petang tadi Zahid Hamidi dan KJ telah berkata bahawa agenda mesyuarat MT esok tidak akan ada agenda 'menerajang' tetapi seluruh alam sudah tahu yang Najib telah bersedia untuk menendang dan menerajang Mahyuddin dan beberapa orang lagi pemimpin-pemimpin umno yang senior.

Kita tunggu saja lah esok.

dollah yankee -
Kalau dah sampai buat majlis solat hajat, ini memang sudah kes berat !!!


No comments:

Post a Comment