suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 15, 2015

16 september yang lalu ...


Jika tidak, sudah pasti Pakatan Rakyat telah menerajui Putrajaya dengan Anwar Ibrahim sebagai PM untuk kita semua ...

Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat. 

Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.  

Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.
"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah. 

"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi. 
"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN. 

Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

dollah yankee -
Terima kasih kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang telah berjuang untuk mendapatkan cuti umum 16 september ini... Kah..Kah..Kah, esok cuti !!!

No comments:

Post a Comment