suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, August 06, 2015

Zeti Aziz..kabarin? Waras?


RM pada petang hari ini pada jam 4.30 merupakan nilai paling lemah sejak 2 September 1998 (ini tarikh Anwar Ibrahim kena pecat ni..) sebelum diikat pada RM3.80/per dollar Amerika.

Ianya ada lah kejatuhan yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 17 tahun yang dulu. Apa kah puncanya? Ada kah jatuh nya RM pada paras yang paling teruk ini yang seiring dengan tuduhan penglibatan skandal rasuah yang melibatkan Perdana Menteri seperti apa yang sedang heboh sekarang ini merupakan puncanya?

Gurkah-gurkah politik di'port' kata 50% faktor punca jatuhnya RM itu ada lah ya... ya.. RM2.6 Billion dan hutang 1MDB.

Kita pun tak tau macam mana Bank Negara nak masuk campur dalam perkara ini untuk macam mana nak pertahankan nilai RM yang merupakan nilai yang paling teruk dalam Asean ini. Sebelum ini BNM telah menggunakan RM5 Billion dalam usaha mereka untuk mengukukuhkan nilai RM, namun nampaknya gagal.

Aktiviti kilang-kilang pengeluaran juga terus mengecut bulan Julai lepas (ada kawan di sebuah kilang di Bayan lepas akui tempatnya bekerja sebelum ini sering mengekspot kira-kira purata 20 pallet setiap minggu, tapi sejak bulan Julai lalu sekspot mereka hanya sekitar purata tinggal 7 pallet).

Tak tau lah apa nak jadi bila RM mencecah 4 Ringgit untuk 1 Dollar Amerika.

dollah yankee -
Gabenor Bank kita apa khabar?


3 comments:

  1. nape lambat sangat tangkap najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa....AG tu orang dia ...AG kata tak boleh dakwa, tak boleh tangkap le ...... hapuskan AG tu dulu hingga dapat AG yang neutral.....!!!!!!!!!!!

      Delete
  2. DiZimbabwe mereka tidak guna Zimbabwe$ sebaliknya mereka guna US$ dalam urusan harian dan dalam negara Zimbabwe. DiZimbabwe , belum tentu dapat beli 1 biji telur dengan harga Zim$2.6 billion. Apatah lagi kalau nak beli 2 biji telur dari najib, jangan haraplah. Usah pergi jauh, dinegara jiran Asean kitapun sudah cukup jadi contoh depan mata kita. DiKampuchea US$ diutama dan didahulukan, Riel Kampuchea pilihan terakhir. Urus niaga sesama mereka dah tak ada hati nak guna wang negara mereka sendiri didalam negara sekalipun. Apakah rakyat malaysia boleh mulakan langkah sedemikian? Saya tidak yakin, mentaliti kita "biar pergilah (biak pi lah) , tak apa lah " adalah ungkapan warisan perdana menteri pertama malaysia , stigma nya melekat sedari dulu, kini dan selamanya kepada kita. Bank negara sendiripun x ambil tindakan ketas najib, maka marilah kita ambil tindakan beralih jual beli guna SING$ ( stabil , x susut nilai, punya kuasa membeli berbanding RM$ yang dimamah barah dek sedari dulu, kini 1MDB dan selamanya entah kebilakah jadi kesudahan dimamah barah sebegini). Sedarilah ahli politik jerung memang tersedia memiliki matawang asing sebagai hedge against inflation/depreciation bila bisul pecah bernanah. Najib dan mereka yg seangkatannya x kisah tetapi Umno b n jadi resah dan kesah rakyat malaysia sendiri x mahu guna wang negara sendiri seperti langkah contoh diKampuchea, Zimbabwe, Greece.....Fikir fikirkanlah - renung renungkanlah !

    ReplyDelete