suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, August 29, 2015

Woitt ! Mana 30 ribu orang?



Kah..Kah..Kah..kalau bab 'sembang', bab nak 'gempaq'  boleh bergoncang KLCC. Last-last apa habuk pun tarak. Apa pun tarak ...

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Malaysia mencabar penganjur Bersih 4 yang diketuai Maria Chin Abdullah supaya menghentikan perhimpunan yagn dirancang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos ini.

Keengganan berbuat demikian bakal menyaksikan gabungan NGO itu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30,000 orang berpakaian merah pada waktu dan tempat yang sama.

"Jika dia masih berdegil maka kami akan berkumpul dengan berpakaian merah di lokasi mereka berhimpun".

dollah yankee -
Hari pertama mesej sangat begitu jelas...undur lah !!!

2 comments: