suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 30, 2015

Resah menunggu September


Rakyat semua kini sedang resah. Resah bukan sebab ada lah menjadi satu kesalahan bila pakai baju warna kuning, atau resah sebab tak boleh sambut 31 ogos merdeka kerana ibukota dilanda demam kuning, tetapi mereka resah sebab menunggu bulan september.

Apa ada pada bulan september? Telah diwar-warkan yang sebaik saja fajar menyinsing dan matahari naik pada bulan september nanti, pelbagai barangan kegunaan harian rakyat semuanya dikhabarkan akan melambung naik.

Pekerja-pekerja disektor sektor swasta khusus nya kilang-kilang pengeluaran pula begitu resah menunggu bulan september kerana bimbang mereka akan terkesan dengan impak kejatuhan nilai ringgit.

Mereka sangat resah sebab takut-takut masuk saja kerja bulan september nanti, sudah ada notis pemberhentian kerja yang sedang menanti mereka kerana majikan mahu mengurangkan kos-kos operasi.

Mereka sangat resah memikirkan  apakah mereka bakal menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan mereka di kilang Naza di Gurun,Kedah? Atau mereka juga akan mengikuti langkah rakan-rakan mereka di kilang JVC yang telah menerima tawaran pemberhentian secara sukarela (VSS)? atau apa kah mereka juga bakal terkena 'badi' 6,000 pekerja-pekerja MAS yang telah kena buang?

Rakyat-rakyat marhain lain pula resah menunggu bulan september ini kerana kadar faedah pinjaman juga mula akan dinaikan. Premium semua benda yang diinsurankan pula dah naik sebelum ini tetapi tak mustahil jika ia juga akan dinaikan lagi.

Kenapa ini semua bakal terjadi? Sebabnya kepimpinan yang ada tidak amanah kepada negara dan kepada kita semua. Mereka berbelanja dengan boros, rasuah menjadi makanan kegemaran mereka dari yang pemimpin yang paling dibawah sampai ke paling atas. Akibatnya beban itu semua kita (rakyat) yang terpaksa menanggung.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' bimbang dengan fenomena ini yang pasti akan menimbulkan banyak kesan sosial.

1 comment:

  1. Tengok gelagat rosmah teringat Imelda marcos, sila layari youtube - " A Dangerous Life... (Full Movie ) The Assassination of Benigno Aquino, Jr

    ReplyDelete