suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 18, 2015

Kita tanya 1 soalan saja ...

Satu Soalan Saja Mengenai 'Derma RM2.6 Billion', Tapi Kita Menerima Berbagai Jawapan.. Mengapa?

Satu soalan saja yang ditanya kebanyakkan rakyat mengenai USD700 Juta ataupun RM2.6 Billion (hari ni RM2.8 Billion dah).. tapi kita mendengar berbagai-bagai jawapan.

Dan semuanya langsung tak ada kaitan dengan soalan.. soalannya ialah "Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?"

Jawapannya pula datang dari berbagai pemimpin UMNO yang berusaha untuk menunjukkan kepada Najib bahawa merekalah golongan yang setia dan sanggup membela Najib..

Berikut adalah satu soalan itu yang menerima berbagai-bagai jawapan..

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud.

Soalan
 : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan 
: Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima ternyata Tipu & Bohong belaka.
dollah yankee -
Sebenarnya dia sendiri sudah tercekik dengan jawapan yang dia bagi ... 

1 comment:

  1. orang islam terpilih adalah 1 dari 73 puak. Yang mana agaknya puak yang 1 nih?

    ReplyDelete