suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, August 12, 2015

Kah..Kah..Kah..

ALOR GAJAH, 25 Jun 2015- 
Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


(Oleh: Ermizi Muhamad)
KUALA LUMPUR, 11 OGOS- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu tampil menjelaskan dakwaan syarikat adiknya mendapat projek bagi menguruskan kemasukan pekerja warga asing dari Bangladesh.
Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia jelas menunjukkan elemen salahgunakuasa dan konflik kepentingan dalam projek berkenaan.
“Kalau benar dakwaan itu, ini jelas menggambarkan berlakunya penyalahgunaan kuasa membabitkan Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik itu.
“Kalau benar Zahid juga terlibat dalam penyelewengan kuasa itu, maka tidak ada bezanya Zahid dan imej Najib yang telah tercemar dengan pelbagai skandal dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.
Media hari ini melaporkan, sebuah syarikat yang dimiliki adik Zahid sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.
Syarikat Real Time Networking Sdn. Bhd yang mana pengerusi esekutifnya, Abdul Hakim iaitu adik kepada Zahid dipertangunggjawabkan mengenai pengurusan kemasukan tersebut
dollah yankee - Tak ada komen, cuma nak... Kah..Kah..Kah..

2 comments:

  1. baru dapat jadi TPM dah mula buat taik....orang perak......orang perak....ambil le masa untuk bernafas dulu ......jenis ini duit kerajaan hilang masuk akaun dia Rm100 bil. pun akan anggap derma juga nih.....!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. nak sambung hang punya ketawa..kah..kah..kah..kah ..kah..kah

    ReplyDelete