suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 27, 2015

Siapa yang mati dulu?


Pada minggu terakhir puasa hari itu Awang Selamat,utusan malaysia ada menulis ... 
Menurut akhbar rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia, hari ini memaparkan sebuah artikel yang ditulis oleh Awang Selamat mengatakan rombakan kabinet akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif. Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua anggota Kabinetnya. "
"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis." 
Awang Selamat turut menyebut dalam artikelnya bahawa ini jelas membuktikan Datuk Seri Najib mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Jadi tidak dapat dinafikan hasil rombakan kabinet tersebut mampu mewujudkan perubahan drastik malah ada juga kemungkinan besar memberi kejutan lebih besar.

Mungkin juga Muhyiddin Mat Yassin dah mula rasa tak sedap badan dan berpeluh didalam 'air-cond' pejabat yang 'sejuk-gedi'... "Tak boleh jadi nie... tak lawan mati,lawan pun mati, lebih baik lawan.."

 Muhyiddin Yassin melihat laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib Razak adalah satu perkara serius yang perlu dijelaskan.
Timbalan perdana menteri yang pertama kali mengulas isu tersebut mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi  hingga beratus juta dolar.
"Pada awal berita itu, saya teks beliau, saya panggi 'sir' (panggilan hormat) saya kata pada dia ini merupakan tuduhan serius anda kena nafi, kemudian beliau jawab terima kasih dan kata sudah nafi.
Beliau juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana menteri menyuarakan hal berkenaan.
"Saya ada tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri saya beri pandangan dalam MT sekali sekala, dalam jemaah menteri tiap-tiap minggu saya kata mesti kena ada jalan penyelesaian. Ianya perlu dimuktamadkan.
"Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah," katanya.
Pada masa sama beliau mengakui kerap kali dikecam rakyat kerana dilihat terlalu mendiamkan diri dalam isu tersebut.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. kita ingat dia yang penerajang Najib turun, tapi last-last Najib yang nanti penerajang dia... Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment