suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 28, 2015

Bila Anwar tiada..


"SESUNGGUHNYA  orang yang paling gembira sekarang ini adalah orang-orang UMNO/BN. Najib dan Rosmah mungkin boleh tidur lena sikit, kerana tidak perlu fikir sangat yang Pakatan Rakyat 1.0 boleh mengancam mereka lagi untuk menguasai Putrajaya untuk Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Yang beliau perlu fikir hanyalah macam mana cara supaya orang-orang UMNO terus memberi kepercayaan pada beliau untuk terus menjadi Presiden dan PM.

Soal kekuatan pakatan rakyat beliau boleh simpan dalam poket sekejab. Hakikatnya pakatan rakyat sekarang secara teknikal nya telah 'mati', dan apakah mampu untuk dihidupkan Pakatan Rakyat 2.0 menjelang PRU 14, tak ada siapa tahu.

PAS yang sebelum ini dianggap ancaman besar pada UMNO telah 'boh-gear gostan'. Zaman yang mana PAS adalah parti kampung, parti untuk golongan ustaz/ustazah, parti untuk golongan yang ber' ketayap putih saja. “PAS FOR ALL” telah lemas. Muktamar PAS yang baru berlalu menunjukkan golongan profesional yang bukan berpengajian agama samasekali telah di'hudud'kan.
Ini bermakna golongan profesional seperti doktor, jurutera, peguam, arkitek dan sebagainya seolah-olah tidak layak untuk berada dalam saf kepimpinan PAS. Sedangkan golongan inilah yang menjadi pemangkin dan dorongan untuk rakyat dari pelbagai kaum dan warna kulit untuk mendekatkan diri dan menyokong parti itu. 

Pada kempen PRU yang lalu, berduyun-duyun orang datang untuk mendengar ceramah di pentas PAS. Yang datang itu pula, bukan orang-orang Melayu dan yang pakai serban ketayap putih saja. Ada cina, ada hindu, ada benggali dan lain-lain bangsa dan tanpa segan silu, malah ada yang merasa bangga memakai baju lambang PAS dan gambar Nik Aziz. Penceramahnya pula bukannya dikalangan profesional agama saja, tapi juga pakar dalam lain-lain bidang.
Justeru itu kemenangan PAS agak memberansangkan, terutama di negeri Pantai Barat seperti Selangor. Di kawasan yang mana calun PAS bertanding, orang-orang bukan Melayu turut mengundi calon PAS. Mereka undi sudah tentu bukan kerana calun itu orang PAS, tapi atas dasar persepakatan PAS, DAP dan PKR demi untuk menumbangkan calun UMNO/BN.

Kini persepakatan itu telah tempang dan capik serta 'nondi', tinggal nyawa-nyawa ikan dan tinggal mahu ditalkinkan sebelum dikuburkan. Perbalahan antara PAS dan DAP sudah sampai keperingkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Dan yang lebih mendukacitakan lagi minat rakyat pada PAS semakin menurun apabila keahlian parti itu sendiri sekarang ini sedang menuju ke arah perpecahan.

Tapi bagi sesetengah kepimpinan PAS yang baru,yang berjubah berserban,mereka tidak berasa bimbang itu semua. Ini kerana mereka mengharapkan pada 6 rukun iman 'qada dan qadar' untuk menentukan kemenangan PAS dalam PRU akan datang.
PAS telah hilang berkatnya disebabkan hilangnya TGNik Aziz.


dollah yankee -
Bila Nik Aziz meninggal, Anwar dijel,Karpal Singh mati. Semuanya bakal hancur!

1 comment:

  1. Ayat yang terakhir di atas mengandungi seribu makna yang hanya boleh difahami oleh orang yang mahu berfikir sahaja!!

    ReplyDelete