suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, May 09, 2015

Orang besar rompak,orang kecil kena tangkap!


Mula-mula nak ucap terima kasih pada Ronald Reagan yang telah memperkenalkan internet. hari ini nak ucapkan terima kasih juga kepada 'peniup-wisel' ia itu 'the benchmark' disini, sebuah blog yang telah meniup wisel dengan membocorkan dokumen maklumat berhubung dengan urusniaga jual-beli tanah antara Tabung Haji dengan 1MDB pada hari rabu lepas.

Bila maklumat dan dokumen urusniaga jual-beli tanah itu telah bocor, pengerusi Tabung Haji si Azeez Rahim (mamak pedukang) ni telah menafikan nya bulat-bulat akan urusniaga jual-beli ini.

Tetapi kalau dah bangkai gajah nak ditutup dengan kain pelikat boleh kah? mana boleh geng! sebab apa? sebab internet ada.

Lalu keesokan harinya, pihak Tabung Haji dengan muka yang tak malu telah terpaksa mengakui urusniaga jual beli tersebut memang ada.

Pada hari ini KBAB (yang jadi barua umno, bukan aku kata..tapi Azmin Ali yang kata..!) telah memberitahu bahawa laporan polis yang dibuat olih Tabung Haji terhadap peniup wisel tadi akan disiasat dibawah OSA (akta rahsia rasmi).

Gurkah-gurkah politik di'port' kata keputusan KBAB untuk guna OSA untuk siasat dokumen urusniaga jual-beli tanah antara Tabung Haji dengan 1MDB jelas menunjukan bahawa undang-undang OSA ini telah disalah guna untuk menutup atau menyembunyikan salah laku rasuah.

Sepatutnya peniup wisel yang telah meniup wisel itu perlu lah dilindungi olih polis, tetapi sebaliknya telah diugut pula untuk menyiasatnya dengan menggunakan nama akta rahsia resmi.

KBAB pun bukan orang yang bangang, dia pun tahu sepatutnya dia siasat bagaimana urus niaga jual-beli itu telah berlangsung, dan ada kah urus niaga jual-beli itu mengikut standard prosedur dan ada kah Tabung Haji telah membayar satu harga yang sepatutnya dengan nilai yang dibayar?, tetapi olih sebab mungkin dia kena jadi barua umno (ingat!bukan aku yang kata KBAB ini barua, tetapi MB Selangor yang kata okey?!) maka dia pun tak boleh nak buat apa-apa sebab ada kuasa yang lebih besar dari dia,yang lantik dia.

dollah yankee -
Banyak Pak-Pak Haji tidoq tak lena dok pikiaq duit depa dalam tabung haji, 
kah..kah..kah..

1 comment:

  1. Wey Dollah, Azmin tak kata pun KBAB tu barua UMNO tetapi cuma bertanya sahaja 'adakah KBAB tu jadi barua UMNO?' Yg syioknya KBAB sendiri pula membuktikan persoalan Azmin itu secara tindakan dgn membawa maksud jawapannya adalah YA!

    ReplyDelete