suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, May 22, 2015

Ini kes nak hidup!

Dua bulan dulu Syed Ali ni berdegar-degar menyokong Najib dan 1MDB ...

Kira-kira 170 ketua Umno Bahagian di seluruh negara akan bertemu pada 8 Mac depan untuk menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, pertemuan itu bertujuan membuktikan kepada pihak pembangkang dan pihak luar mereka sentiasa menyokong presiden Umno yang juga perdana menteri itu."Kami mahu menunjukkan kepada dunia Najib mempunyai sokongan akar umbi yang kuat...jadi pembangkang serta pihak luar perlu berhenti menyerang pemimpin Barisan Nasional," katanya seperti dilaporkan portal Mstar Online."Kita tidak akan bertolak ansur dengan perang saraf itu. Kita perlu menanganinya segera dan kami tidak akan duduk diam dengan hanya melihat mereka memainkan agenda jahat ini dimana Najib akhir-akhir ini diserang dengan pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hari ini pun berdegar-degar juga cakap nya menyokong Muhyiddin Yasiin ...
Ketua Umno bahagian Cheras,Datuk Syed Ali Alhabshee menyokong penuh gesaan Timbalan Perdana Menteri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat dan polis menyiasat syarikat tersebut.

Syed Ali (gambar) dalam satu catatan blog juga melahirkan rasa amat sedih bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak mendengar nasihat Muhyiddin.
Gurkah-gurkah politik di'port' kata Syed Ali ni baru dok cuba belajar nak menggigit, tapi apa kan daya dia gigi tak dak, bola' lagi lah tak dak. Dia ni juga 'lalang'. Dia sekarang dok nampak umno dah nak penerajang Najib, jadi dia fikir dah tak ada guna nak duduk belakang Najib.

Gurkah-gurkah ini juga kata, Syed Ali sepatut nya cari tongkol kayu (atau orang penang kata kamber 3 2) dan ketuk dengan sekuat hati kepala dia sendiri. Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Yang best nya dia sendiri tak ada 'bola' nak suruh Najib belah ...!!

2 comments:

  1. Syed Kucin Koghap kata orang utara....bapak putaq belit. Hidup dengan ikhsan Najib atas peruntukan Yayasan Pendidikan Cheras. Separuh saja budget pergi ke kolej, separuh lagi faham-faham saja lah....kuat mengampu dan tidak loyal kepada seseorang. Anjing pun lebih taat kepada tuannya. Jenis ini kalau tuan tak campakkan tulang, tangan tuan sendiri pun akan digigitnya.

    ReplyDelete