suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, May 02, 2015

Bila MP/ADUN mati...

Image result for kartun harga minyak naik


Harga runcit minyak petrol nampak tak berubah untuk bulan Mei ini. Nampak gaya harga RM1.95 liter (Ron95) masih boleh bertahan untuk lagi 1 bulan, walaupun Putrajaya dah tak boleh tahan lagi nak bagi naik sebab dah 3 bulan harga minyak mereka tak penaik.

Sekurang-kurang kenaikan sebanyak 20 sen akan berlaku kelmarin selari dengan cuti hujung minggu yang panjang, tetapi olih sebab 2 pilihanraya kecil yang kempen nya sedang rancak, Putrajaya terpaksa tekan brek sekejab,sekurang-kurang untuk 30 hari akan datang. Najib tak putus-putus berdoa agar dalan masa 30 hari yang nak datang jangan lah ada MP atau ADUN yang mati mengejut pulak.

dollah yankee -
Dulu selalu kata bukan naik harga tapi kurangkan subsidi,sekarang bila subsidi minyak dah dihapuskan, apa ayat pula mereka nak cakap?




2 comments:

  1. Sekarang ni rakyat Malaysia hari2 berdoa biarlah ada Adun/MP mati. Klau Adun/MP mati, kerajaan akan bagi dan tawarkan banyak kemudahan dan sedikit sebanyak meringankan sedikit bebanan. Nasib kaulah Adun/MP, didoakan rakyat cepat mati dek kezaliman Kerajaan BN. Kematian Adun/MP boleh dianggap pengorbanan mereka utk rakyat...

    ReplyDelete
  2. Ini berita dari another menteri bodoh di dalam BN.

    "Putrajaya bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    Shabery berkata, sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing.

    “Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

    “Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

    Putrajaya juga, katanya, bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar.

    Ahli Parlimen Kemaman itu bagaimanapun berkata, keputusan akhir hanya dilaksanakan selepas tinjauan dilakukan terhadap pengguna.

    “Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.

    Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, ia mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.

    “Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” katanya.

    Najib sebelum ini berkata hanya Shabery layak mengeluarkan kenyataan berhubung isu GST kad prabayar.

    "Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya.

    Di Twitter, Najib turut mengetag akaun Shabery di @shaberyc lalu dijawab olehnya: “@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dgn semua pihak utk dapatkan yg terbaik bagi rakyat dan negara.”

    Beberapa pengguna media sosial mempersendakan pertukaran mesej di Twitter antara perdana menteri dan menteri komunikasi itu.

    "Benda kecil pun lambat nak selesaikan," tweet seorang pengguna di akaun @_hafiz.

    Seorang lagi menggunakan akaun @MieBird menulis komen: "Baru nak mesyuarat? hmmm."

    Sebelum ini, pihak Kastam mengarahkan syarikat telekomunikasi menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal, iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

    Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa semalam ditangguhkan selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata Rabu lepas isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

    Menurut Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra GST itu agak mustahil dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta, kerana kerumitan membuat konfigurasi semula terhadap sistem. – tmi


    Dah tahu warga asing guna pra bayar, WAJIBKAN WARGA ASING MENGGUNAKAN TALIAN PASCA BAYAR... TAK MAMPU JANGAN PAKAI... YANG BOLEH PAKAI PRABAYAR HANYA RAKYAT MALAYSIA... JADI RAKYAT PENDAPATAN RENDAH BOLEH DIKECUALIKAN GST... macam nipun nak kena ajar ke menteri?

    ReplyDelete