suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, April 30, 2015

KahKahKah..ini sudah kes teruk!


Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu acara di Permatang Pauh hari ini disambut dengan acuh tidak acuh oleh kira-kira 500 orang pendidik yang hadir.
Hinggakan, Muhyiddin terpaksa meminta para hadirin menepuk tangan – sekurang-kurangnya empat kali sepanjang ucapan 40 minit itu.


Ada di kalangan para hadirin terbabit, yang sebahagian besarnya merupakan para guru, diperhatikan hanya menunjukkan wajah bosan dan ada juga yang mengambil peluang melelapkan mata.


Muhyiddin memulakan ucapannya dengan membangkitkan mengenai kadar kemiskinan dalam negara yang menurutnya berjaya dikurangkan.Tambahnya, jumlah miskin tegar itu tidak mencapai tahap dua peratus.
Bagaimanapun, para hadirin tidak menepuk tangan selepas mendengar statistik yang dikongsinya itu.


"Tak apalah jika anda tidak tepuk, biasalah,” katanya


Beliau seterusnya menyebut pula tentang sistem e-Kasih yang bertujuan untuk mengukur kadar kemiskinan dalam negara.


"Sistem ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sistem paling baik di dunia untuk mengukur kadar kemiskinan,” katanya.


Kata-katanya itu bagaimanapun tetap gagal meraih tepukan.


"Ah... tolong tepuklah. Saya bercakap dengan orang pandai... Saya tidak tipu,” katanya

dollah yankee -
Ayat "saya tidak tipu," yang paling lawak, Kah..Kah..Kah..

4 comments:

  1. Memang patut malikul sembab kena,menteri pend.paling babangang guru 2 disuruh jadi macai dgn idea pppp yg menjadikan sistem pendidikan haru biru

    ReplyDelete
  2. Mcm mn mau tepuk... kau kasi kempis kami punya poket boleh sembang tentang pembasmian kemiskinan... gila ke apa menteri2 kami ni.

    Tak tipu...? cerita tipu dakwat kekal pru13 lepas pun lekat dalam fikiran aku... tak tipu konon.

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah kah, memanglah Muhyiddin tidak menipu, dia cuma kelentong saja...

    ReplyDelete
  4. padam muka selama ni dia orang ingat semua orang takut
    kalau kita cakap benda yang betul orang akan hargai
    tapi kalau selalu duk cakap slogan saja orang pun naik meluat
    tak kan nak tukar semua guru tu seorang dua bolelah

    ReplyDelete