suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, April 15, 2015

Gaji 2 Mata: KJ kata "nak buat macam mana?,cari makan..!"

Ekoran kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin memberi reaksi yang nampaknya seperti 'Gergaji 2 Mata'

Khairy berkata memandangkan pengaruh besar Dr Mahathir terhadap rakyat, mengabaikan apa yang beliau tulis di blog beliau "bukanlah satu pilihan".
Oleh itu, Najib sendiri perlu menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, walaupun soalan-soalan tersebut dikatakan telah dijawab sebelum ini, katanya.

"Sebagai bekas perdana menteri, kita perlu mendengar dan menghargai apa yang beliau ditulis.

"Kita perlu menjawab apa yang Dr Mahathir tulis," katanya sambil menambah bahawa mereka tidak boleh menjadi seperti burung unta yang menyembunyikan kepalanya dalam pasir dan berharap masalah itu akan hilang.






KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno pada Isnin menyokong penuh kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pemuda Umno di bawah kepimpinan saya terus komited untuk memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada presiden parti dalam usaha memperkuatkan semua lapisan dalam parti secepat mungkin. Kita akan terus berdiri teguh di belakang pimpinan Umno.
dollah yankee - Kah..Kah..Kah.. memang boleh hidup macam ni !

2 comments:

  1. Masing-masing adalah merupakan syaitan yang dikenali, bukan aku kata tapi Mahathir sendiri pernah berkata begitu. Analoginya, adakah pernah ada syaitan menikam belakang syaitan yang lain?

    ReplyDelete
  2. Lepas ni, agak nya ada satu lagi pendedahan tentang siapa yang duduk di sebelah Altantuya semasa penerbangan ke Paris....ini boleh di periksa semula dgn syarikat penerbangan.... dan nah ini buktinya bahawa PM memang tidak kenal siapa itu Altantuya.
    Orang Perancis yang bina dan berniaga Kapal selam pandai berbahasa Inggeris... khidmat Altantuya tak di perlukan, maka kerana itu PM tak pernah jumpa dan kenal Altantuya.
    (Dr.G)

    ReplyDelete