suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, March 19, 2015

Penyamun perli lanun

Jom naik jet lah !

Anggota exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak mengesyaki bahawa kenaikan tambang lebih 20 peratus untuk teksi, bas ekspres dan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mungkin satu bentuk sabotaj.

Kenaikan tambang perkhidmatan KTMB dan bas ekspres itu akan berkuatkuasa pada Mei ketika pengguna terpaksa menghadapi beban Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April.

“Selepas SPAD umum kenaikan, sekarang KTMB pula umum kadar pelarasan tambang naik sehingga 20% bergantung kepada jarak perjalanan.

“Sebagai salah sebuah syarikat GLC, KTMB tak patut bebankan rakyat dengan kenaikan kadar yang drastik. Dah lupa tanggungjawab untuk bantu rakyat?,” katanya di Twitter.


Kenaikan kadar itu turut mendapat perhatian blog pro-Umno, mykmu.net, yang mempersoalkan kewajaran untuk pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk mengumumkan kenaikan tambang itu.

“Apa motif Syed Hamid? Walaupun jika alasan untuk meningkatkan taraf hidup pemandu bas dan teksi itu wajar, pengumuman itu tidak kena dengan masanya,” tulisan di laman tersebut dipetik.

Turut bimbang dengan kenaikan baru itu ialah bekas anggota kabinet, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Mula-mula SPAD umum tambang teksi dan bas naik.

“Sekejap tadi KTMB umum tambang keretapi naik. Lepas ini siapa pula? Jom naik jetlah,” katanya lagi.


Kenyataannya sinis itu juga merujuk kepada kritikan yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran pembelian satu pesawat baru untuk kegunaan orang kenamaan negara. - MalaysiaKini

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. barang naik, ringgit turun. Hujan pun dah naik, tak turun-turun...

2 comments:

  1. BN=BARISAN BARANG NAIK,kangkong yang pm kata murah tu pun dah naik harga.dulu ada menteri kata kalau ayam naik harga makan sayur kali ni makan apalah gamaknya.

    ReplyDelete
  2. Dasar BN dahulu, kini dan selamanya, memang untuk bebeankan rakyat....terutamanya kpd org. Melayu........suruh jaga tanah melayu d seberang tambak, habis dijualnya......yg penting % dpt. Itu dasar mereka,25 PERSEN (Salih Kamil dah tunjukkan wataknya). Duit kerjaan ada, mereka mereka rambang mata, gila buat PROJEK. Dkt projek ada % masuk.

    ITULAH DASAR MEREKA

    ReplyDelete