suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, March 17, 2015

Lagi 2 minggu,kita mampos!

GST (Government Say Thank you)

TIP PENTING TENTANG PELAKSANAAN GST

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.
 
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA. 
 
3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.
 
4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.

Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.


dollah yankee -
Setiap kali nak beli barang,nak kena buat kerja ni ke?

No comments:

Post a Comment