suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, February 07, 2015

Hj Hadi,ada mari ka?!



DAP pada mesyuarat jawatan kuasa pusat mereka telah memutuskan untuk tidak mahu meneruskan mesyuarat Majlis Pemimpin tinggi Pakatan Rakyat yang dijadualkan bertempat di Ibu Pejabat parti PAS,Jalan Raja Laut,KL esok jika Haji Hadi tidak datang.

Sebaik saja keputusan mesyuarat jawatan kuasa pusat DAP itu bocor, secretariat Pakatan Rakyat dengan segera telah menghubungi Setiausaha Agung DAP dan memberi jaminan bahawan Haji Hadi Awang pasti akan datang pada mesyuarat itu besok.

Rasanya semua penyokong Pakatan Rakyat tahu bahawa mesyuarat majlis pemimpin tinggi Pakatan Rakyat ini sudah lama tertangguh. Bila disebut mesyuarat majlis pemimpin tinggi Pakatan Rakyat, Pendatang dari Nepal pun tahu ini bermakna semua pemimpin-pemimpin yang paling tinggi dalam parti-parti Pakatan Rakyat perlu hadir (bukan sebab nak pekena karipap,cucur badak dan kopi 'o').

Gurkah-gurkah politik di'port' pula telah mengambil kesempatan pada mesyuarat majlis pemimpin tinggi PR ini yang akan di adakan esok dengan bertaruh 'nasi beriyani' lauk kambing bahawa Haji Hadi tidak akan datang pada mesyuarat itu.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said. - The Malaysian Insider 7/2/2015

dollah yankee-
Suruh dia terjun laut ...

No comments:

Post a Comment