suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 06, 2015

Semakin 'kecut' !


Dengan harga minyak dunia yang semakin turun, gurkah-gurkah politik di'port' yang pernah menjadi tokey 'labu peram' percaya Ringgit Malaysia akan terus lemah dan menjunam diantara 3.70 - 3.80 untuk 1 Dollar Amerika. Gurkah-gurkah ini juga ingin memberitahu bahawa jangan lah dok berharap sangat yang Ringgit boleh pulih dalam masa yang terdekat.

Gurkah-gurkah ini meramalkan phenomena ini akan berlanjutan sekurang-kurang nya hingga bulan empat ini mungkin boleh 'pi' sampai bulan lima.

Dalam pada itu ada juga seorang, dua gurkah-gurkah ini yang pada mulanya bercadang mahu menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke universiti di Amerika sudah mula 'demam' bila Ringgit semakin 'kecut'. Seorang dah mula nak tukar pelan dan bercadang nak bawa anaknya belajar ke India pula. Seorang lagi pula bercadang nak suruh anak nya pendek'kan tempoh pembelajaran atau anak nya terpaksa lah cari kerja 'part-time' untuk tampung belanja bagi menghabiskan pelajaran.

Apa-apa pun yang untung ialah seorang jiran, kerana sejak RM lemah dan 'kecut', dia selalu gelak besar sampai ke telinga sebab anaknya hantar wang belanja bulanan dalam USD dimana anaknya adalah merupakan seorang pegawai di AET (American Eagle Tanker) yang mana gajinya juga ada lah dalam bentuk Dollar Amerika.



dollah yankee -
Kembang masa pagi-pagi bangun tidoq ...




No comments:

Post a Comment