suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, January 17, 2015

Cerah masa depan




Hanya dalam tempoh satu malam, nama Mejar Zaidi Ahmad terus menjadi sebutan sebaik sehaja dipecat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah berkhidmat penuh cemerlang selama 26 tahun.

26 tahun itu bukan lah sekejap, apa lagi dengan pangkat besar, Zaidi boleh dikategorikan sebagai orang yang banyak pengalaman terutama daripada segi kepimpinan.

Selama 26 tahun, Zaidi telah pun melatih beribu tentera dan ramailah anak murid yang pernah mendapat sentuhan kepimpinannya.

Dalam erti kata lain, pengikut bukanlah seorang dua apa lagi kalau dia seorang yang amat disenangi ketika memimpin orang bawahan.
Yang menarik tentang Major yang kena 'discharge' ini kerana menegur kepincangan dakwat kekal pada PRU lalu,hanya parti Pakatan Rakyat sahaja yang terus membela nasib Zaidi sehingga berebut-rebut hendak menawarkan pekerjaan kepadanya.
Kerajaan Pulau Pinang tidak bertangguh terus menyuarakan hasrat untuk membantu Zaidi mendapatkan pekerjaan lain sesuai dengan pangkat yang disandang. Azmin pun tumpang 'interprame', dia pun nak 'offer' Zaidi kerja.
Salah Zaidi, hanyalah 'ciput' berbanding pemimpin BN yang terlibat dan didakwa dengan rasuah, pernah mengkritik dan mencaci kerajaan dengan cara yang lebih teruk dan mengaibkan.
Salah atau tidak salah Zaidi, itu soal lain tetapi apa yang penting, bekas pegawai tentera udara ini tidak kesepian menangani beban yang terpaksa ditanggung.
dollah yankee - Semoga maju jaya saudara!

No comments:

Post a Comment