suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, January 28, 2015

Cari dan buat isu, kalau boleh yang sensitif,yang provokasi..


CINA PULAU PINANG LARANG LAUNGKAN AZAN SUBUH,APA DAH JADI? 
Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan kaum cina berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam.
- See more at: http://eberita.org/cina-pulau-pinang-larang-laungkan-azan-subuhapa-dah-jadi/#sthash.Huv7j60S.dpuf



PEMBOHONG DAN FITNAH



PULAU PINANG: "Pembohong, ada pihak sengaja membuat fitnah dan pihak masjid tidak tahu menahu," tegas Pengerusi Masjid At-Taqwa Taman Brown/Taman Tun Sardon, Glugor, Abdul Aziz Sharif ketika diaju soalan tentang laporan yang mengatakan terdapat bantahan sebagai menghalang melaungkan azan daripada penduduk sekitar baru-baru ini.

Beliau berkata, berita tersebut hanya rekaan yang dimuatkan dalam laman sosial dengan tujuan memburukkan keadaan kononnya masyarakat Cina terutamanya membuat laporan yang tidak relevan.

"Masjid kami pasang pembesar suara bukan lekeh tapi mahal. Bunyinya pun amat kuat kedengaran nyata di sekitar sini. Tiada bantahan pun sejak masjid ini didirikan sejak tahun 1980. Macam mana boleh tiba-tiba berlaku pula," terangnya kesal.


dollah yankee -
Ini mesti kerja-kerja orang melayu sendiri dari kariah Masjid Taman Tun Sardon/Taman Brown..

1 comment:

  1. jemaah tu lambat bangun, tu tak dengar

    ReplyDelete