suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, January 23, 2015

Bukan Najib saja panas, cuaca pun panas



Gurkah-gurkah politik di'port' pagi ini mengingatkan kepada semua rakyat Pulau Pinang yang tinggal di dalam pulau supaya tidak membazirkan air dengan sewenang-wenangnya biarpun empangan-empangan yang ada masih menunjukan bekalan air masih berada dalam kapisiti yang baik.

Tanda-tanda datangnya musim yang panas dan kering sudah pun dapat dirasai olih rakyat pulau pinang (yang merungut..panas..panas) kerana hujan sudah tidak turun sejak daripada 10 haribulan hari itu lagi. Olih itu kita semua perlu lah membantu kerajaan negeri kita dengan mulakan penggunaan dan penjimatan air.

Ada kawan gurkah-gurkah ini yang bekerja dengan jabatan kaji cuaca pula hari ini memberitahu bahawan cuaca di Pulau Pinang (disebelah pulau) akan terus cerah dan panas sehingga habis bulan satu ini.

Nota:-
Bagi mereka yang tak berapa erti nak tahu cara-cara nak jimat air, mereka boleh lah pergi ke http://www.pba.com.my untuk mendapatkan tip-tip bagaimana untuk menjimatkan air...

dollah yankee -
politik malaysia pula saja panas tapi akan mendidih minggu depan.

No comments:

Post a Comment